And some words from our sponsors....

Tuesday, December 30, 2008

University of Life..




Assalamualaikum..

Saya antara insan bertuah di muka bumi Allah ini kerana dapat bertemu dengan Syed Hussien Alattas. Bertuah kerana dipertemu ketika nyawa masih dikandung badan.

Saya cukup menghormati pandangan beliau terhadap kehidupan. "Life is Short, why make it shorter?" he said.

He also believe that if there's enough loving, giving, sharing, caring and forgiving, there's no need for war, hunger, dissappointment and misfortune in this world. What an insight! Saya teruja bila dapat berbual dengan beliau kerana setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya adalah ilmu yang sukar diperoleh dari mana-mana universiti atau buku. Itulah pengalaman yang paling bermakna bagi saya untuk tahun 2008 ini.

Peluang seperti ini sebenarnya membantu saya menjadi insan yang lebih matang dan berguna. Saya sudahpun menjejak kaki ke Wadi Hussien dan menikmati keindahan dan keajaiban di Taman Hana. Terima kasih Pak Habib!

Akhir kata, jangan lepaskan peluang untuk ke sana sekiranya anda berpeluang dan berkunjung ke Janda Baik. Carilah Taman Hana Pak Habib yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Saturday, December 27, 2008

Loving, Caring, Sharing, Giving and Forgiving will motivate us all...

Assalamualaikum semua,
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam maal hijrah buat semua rakan-rakan. 1 Muharram 1430 H.

Selain itu, tahniah juga buat AMYZA dan BUSU kerana berjaya memberi persembahan yang terbaik untuk final sehati berdansa di PICC semalam. Walaupun nasib tidak menyebelahi anda, anda tetap ceria dan sabar menghadapi dugaan.

Selamat Harijadi diucapkan buat Kak Sabariah. Semoga gembira selalu.
Tahun 2009 menanti kita semua. Peristiwa sepanjang 2008 pula banyak memberi kenangan dan pengalaman berguna kepada kita. Saya mengharapkan agar tahun 2009 membawa seribu makna untuk anda semua.

Loving, Caring, Sharing, Giving and Forgiving will motivate us all...

Thursday, December 25, 2008

Kemaskini blog... kalau bukan tuannya siapa lagi!


Assalamualaikum semua,

Lama juga rasanya saya tidak mengemaskini blog saya. Sayang sekali bukan? Ada blog tetapi malas nak menulis. Sebenarnya, saya jarang menulis di blog ini kerana terus-terang saya lebih mengikuti "MukaBuku" saya.

Tapi segalanya bakal berubah kerana saya ingin memperkasakan tatabahasa dan perbendaharaan saya dalam bahasa melayu. Cita-cita yang besar tetapi kalau orang lain mampu melakukannya mengapa tidak saya?

Buat masa sekarang saya tengah bersiap sedia untuk berlakon dalam sebuah filem. Filem ini bakal mengubah persepsi orang ramai yang juga merupakan pemecah panggung di Malaysia.Mereka akan berkata, "Wah, orang Malaysia pandai buat filem rupanya!" Tetapi sebelum itu pelbagai perkara perlu diambil kira memandangkan diri saya ini serba kekurangan. Jadi persediaan menjadi seorang pelakon haruslah mantap agar saya tidak mengecewakan harapan yang telah disandarkan pada saya daripada rakan-rakan seperjuangan, abah dan mommy serta mereka yang sudi membayar gaji saya.

Semenjak dua menjak ni, saya mula merasakan bahawa saya sedikit-sebanyak telah mula lari dari matlamat saya yang sebenarnya. Saya telah menetapkan cita-cita dan berusaha menjadi seorang pelakon yang disegani dan berjaya. Walaubagaimanapun, usaha saya itu telah menemui pelbagai rintangan sehinggakan saya terpaksa menceburi bidang belakang tabir. Memang bidang belakang tabir banyak mengajar saya selok-belok produksi tetapi hati saya lebih cenderung untuk berlakon. Saya mahu berlakon sehingga saya sendiri tidak sedar yang saya ni berlakon. Wah!

Baru-baru ni ketika mengikuti sebuah Program Perkampungan Seni di Taman Hana Wadi Hussien di Janda Baik, Pahang, saya berpeluang menikmati keseronokan berlakon dalam sebuah pementasan teater bangsawan. Saya memegang watak Laksamana Garang Misai Melintang :) Syukur Alhamdulillah pementasan itu berjaya kerana kami sebenarnya menyiapkan pementasan itu dalam masa tiga hari sahaja!

Perkara-perkara yang kita minati selalunya mendorong kita menulis dengan lebih teliti dan panjang lebar. Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya sentuh tetapi saya rasa setakat itu la dulu. Pejam celik, pejam celik, kita bakal meninggalkan tahun 2008 dan menanti kehadiran 2009. Harapan saya 2009 ini menjadi titik tolak permulaan kerjaya senilakon saya yang lebih serius dan doakan saya berjaya hendaknya.Sekian, terima kasih daun keladi..Ada rezeki jumpa lagi.

Saddiq Raffali

p/s: Hidup ini kenalah sentiasa berkongsi, berkasih mesra, pemurah, menjaga kebajikan bersama dan saling bermaaf-maafan sesama insan. Terima kasih Pak Habib!

Sahabatku sungguh pandai menulis...