And some words from our sponsors....

Friday, March 13, 2009

Kuasa Mutlak



Sudah lama aku di sini. Terbaring di atas permukaan lantai. Aku dapat merasakan amarahku membuak-buak. Aku berguling-guling tanpa henti menahannya. Jika aku berhenti berguling jiwa ini seolah-olah meletup. Aku menumbuk lantai, meleraikan segala perasaan yang terpendam dan aku menjerit sepuas-puasnya. Tidak lama selepas itu aku hanya tersandar di dinding, tubuhku terasa amat lemah malah seluruh tenagaku habis begitu saja. Aku perlu berehat.Melupakan segala yang berlaku ke atas diriku. Lantas aku cuba melelapkan mataku. itupun jika tindakanku ini dapat membantuku berehat.

Malangnya amarahku datang semula. Kali ini lebih teruk dari tadi sehinggakan aku terasa lemas. Aku menjerit. Menjerit tanpa henti. Aku memaksa diriku untuk melompat. Lompat dan terus melompat. Ada satu tenaga di dalam tubuhku yang semakin memuncak. Tenaga yang mampu merobek semangat sesiapa sahaja. Saat aku meluahkan perasaan yang terbuku di dalam diriku, tenaga ini terus meningkat sekaliganda. Tindak-tandukku semakin liar, tidak boleh diramalkan. Aku jadi takut dengan apa yang berlaku ke atas diriku sekarang…

Mengapa aku masih di tempat sebegini? Apakah salahku? Aku benci mereka. Bagaimana rasanya jika aku pijak-pijak mereka sehingga mereka hancur lunyai? Tapi..aku tak mahu mencederakan mereka. Mereka ibarat monyet-monyet sarkis yang tertunggu-tunggu arahan dari tuannya. Tapi siapa pula tuannya? Hanya melalui jeritan atau tumbukan ke lantai dapat mengelakkan aku daripada melepaskan kemarahanku terhadap mereka yang menganiayaiku. Aku sedar aku mampu mencederakan mereka, tetapi tidak mahu berbuat demikian. Sebab itu aku lari dan menjerit untuk meredakan tekanan di dalam diriku. Semakin lantang aku menjerit semakin aku dapat mengawal kemarahanku. Aku akan manafaatkan sepenuhnya tenaga baru yang terkumpul di tubuhku ini. Masa dan peluangnya belum lagi muncul. Kita tunggu dan lihat!

Tamat bahagian 1

No comments:

Sahabatku sungguh pandai menulis...