And some words from our sponsors....

Showing posts with label shahriza. Show all posts
Showing posts with label shahriza. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

Girl Power.. Viva!


Semangat seorang wanita... Viva!

Khir Mohd Noor (provocatour extraordinaire) said to shahriza : awak harus declair yang awak nak bertanding supaya ahli2 tau....bukan cakap pasal suruh org buat bayaran....jawatan ini ada dua tiga CALON yg akan bertanding....soal yuran itu tugas setiausaha kerja bukan nya tugas CALON....Klu takut jgn bertanding bagi peluang org lain........

Shahriza Mahmud (Iconic) said: Hallo encik Khir Mohd Noor, itu tugas saya sebagai pengendali dan penyampai maklumat yang telah dipertanggungjawabkan untuk meuar-uarkan info kepada ahli. Tak ada yang salahnya. Saya bertanggungjawab dan saya telah berkali-kali melakukan dan melaksanakan tanggungjawab saya.

Itu juga HAK saya sebagai AHLI JAWATANKUASA SENIMAN sekarang.

Bertanding atas kepercayaan ahli, saya terima tetapi saya sama sekali TIDAK akan memperbodohkan diri dengan PROVOKASI yang akan menampakkan tahap ilmu yang rendah di kalangan SENIMAN yang bernaung di bawah payung Persatuan SENIMAN Malaysia.

SEKARANG, DI SINI saya menjalankan tugas saya sebagai orang yang diamanahkan, bukan sebagai CALON.

Tak bayar YURAN maknanya tak boleh MENGUNDI mahupun BERTANDING. So what?

Saya bukan gelojoh, saya bukan gila kuasa!

Like I said, siapa saja yang bertanding dan menang, tugas berat menanti. This is persatuan untuk SENIMAN bukan PARTI POLITIK!

Kempen, kempen juga TAPI tatasusila dan budi bahasa serta PRINSIP diri tak de siapa ( NOBODY ) boleh cemarkan.

I have my own stand so be it! I am NOT a cow, cucuk hidung dan jalan ikut kuasa orang lain. I have my own mind and my small BRAIN work smarter than you for sure.

Like it or NOT I am being ME. So BE IT!

Thank you very much.


You go girl... I'll cast my vote for you anytime!

Friday, March 13, 2009

Kuasa Mutlak



Sudah lama aku di sini. Terbaring di atas permukaan lantai. Aku dapat merasakan amarahku membuak-buak. Aku berguling-guling tanpa henti menahannya. Jika aku berhenti berguling jiwa ini seolah-olah meletup. Aku menumbuk lantai, meleraikan segala perasaan yang terpendam dan aku menjerit sepuas-puasnya. Tidak lama selepas itu aku hanya tersandar di dinding, tubuhku terasa amat lemah malah seluruh tenagaku habis begitu saja. Aku perlu berehat.Melupakan segala yang berlaku ke atas diriku. Lantas aku cuba melelapkan mataku. itupun jika tindakanku ini dapat membantuku berehat.

Malangnya amarahku datang semula. Kali ini lebih teruk dari tadi sehinggakan aku terasa lemas. Aku menjerit. Menjerit tanpa henti. Aku memaksa diriku untuk melompat. Lompat dan terus melompat. Ada satu tenaga di dalam tubuhku yang semakin memuncak. Tenaga yang mampu merobek semangat sesiapa sahaja. Saat aku meluahkan perasaan yang terbuku di dalam diriku, tenaga ini terus meningkat sekaliganda. Tindak-tandukku semakin liar, tidak boleh diramalkan. Aku jadi takut dengan apa yang berlaku ke atas diriku sekarang…

Mengapa aku masih di tempat sebegini? Apakah salahku? Aku benci mereka. Bagaimana rasanya jika aku pijak-pijak mereka sehingga mereka hancur lunyai? Tapi..aku tak mahu mencederakan mereka. Mereka ibarat monyet-monyet sarkis yang tertunggu-tunggu arahan dari tuannya. Tapi siapa pula tuannya? Hanya melalui jeritan atau tumbukan ke lantai dapat mengelakkan aku daripada melepaskan kemarahanku terhadap mereka yang menganiayaiku. Aku sedar aku mampu mencederakan mereka, tetapi tidak mahu berbuat demikian. Sebab itu aku lari dan menjerit untuk meredakan tekanan di dalam diriku. Semakin lantang aku menjerit semakin aku dapat mengawal kemarahanku. Aku akan manafaatkan sepenuhnya tenaga baru yang terkumpul di tubuhku ini. Masa dan peluangnya belum lagi muncul. Kita tunggu dan lihat!

Tamat bahagian 1

Sahabatku sungguh pandai menulis...